Camera.!!!
Sejauh manakah cinta anda kepada camera anda?
adakah sehingga tidak boleh dipisahkan...
Apakah kegunaan camera dalam hidup anda?
Adakah sebagai pekerjaan ataupon sebagai hobi semata-mata....
itu semua terpulang kepada anda..
Kelas..
Pada hari khamis baru ni... aku serta beberapa org rakan seperjuangan sempat mengikuti Kelas Fotografi yg telah dianjuran oleh Kulim Hi-Tech Park (KHTP) selama dua hari. Tenaga pengajarnya adalah saudara adhadi http://adhadimohd.com. Banyak yg dapat aku pelajari didalam kelas beliau. memang tak rugi!!!
Hari pertama, banyak teori yg dipelajari...disamping teori yg diajar didalam kelas, praktikal diluar kelas juga diserapkan agar apa yg diajar..lebih berkesan.
Hari kedua, merupakan hari shoot model hehehhee... memang tengah pening nak cari model..last2x eddymohd http://www.dimira.net merembat staf KHTP yg juga merupakan rakan sekerja eddy. Thanks mira kerana sudi menjadi model kami pada hari itu.
Tragedi....camera terjun kolam bersama tuannya!!!!!
adoi.... lawak pon ada...kesian pon ada....
salah seorang dari peserta...dan juga member rapat ku arip
buat skill shoot dari dalam kolam...
hahaha.... maklumla nak shoot model hari tu...
arip pakai tele lens... jadi kena undur la...
aku tak tahu la arip perasan ka tak... yg kolam dah dekat...
bila semua dok asyik shoot.....
kadabom!!!!! dengar macam org terjun kolam...
ingatkan costumer Kulim Golf mandi ka apa ka.....
rupa2xnya.... arip.!!!!!
kalau citer luncai... terjun bersama labunya....
citer arip.... terjun bersama kameranya.....
sabar la...arip nak buat macam mana lagi dah.....
dan D80+ nikor70-210mm + sb600 tersebut tak tahu la boleh diselamatkan atau tidak.....
rasanya hari ni, isnin arip dah hantar ker servis center kat penang.
eDAN, Untuk menjadi fotographer yang baik, bercintalah dan sayangi serta kenalilah kamera tu sedalam dalamnya, kita akan bertemu dengan kepuasan. Explore sehabis habisnya.....
Seorang photographer tulen akan merakamkan setiap komposisi itu dlm jiwanya terlebih dahulu...kamera hanyalah sebagai perantara antara subjek alam nyata dan subjek alam minda...tidak la pulak bermaksud pengetahuan teknikal tntng kamera itu tak penting,cuma fahamilah asas yg terpenting dalam photografi...komposisi sesuatu gambar adalah elemet asas yg akan menjadi penentu kepada hasil sesebuah gambar...tanpa komposisi atau penceritaan sesuatu gambar itu akan hilang jiwanya...yg penting kita perlu tahu dan faham penceritaan utk setiap gambar yg diambil...teknik yg betul atau editing yg mantap sekalipun belum tentu menjamin sesuatu gambar itu akan mempunyai jiwa dan rasa...contohnya begini,secantik-cantik patung di dunia ini takan mampu menandingi kebolehan seburuk-buruk manusia ... ko pikirla sendiri... anyway ini sekadar pendapat aku saja...aku pun x mampu buat apa yg aku kata tadi...masih belajar & cuba memahami ertinya...sama2 kita berusaha...lain org lain pendapatnya...tepuk dada tnya selera...
mamat black...aku suka sgt madah berilmu hang tu.... mmg semua yg hang ckp aku dok pikiaq...ada yg aku jumpa..ada yg aku tak jumpa..tp aku akan terus mencari apa maksud ayat hang tu...
makk oiii sedihnya kamera jatuh dalam kolamm, tak tau nak habak, aku pun ada pengalaman gak, tapi jatuh atass batu, kamera dapat diselamatkan cuma hood saja patahh.. mmm.
T shirt tu kaler itam edan, tag nama kita tak buat kot, budget lari ha ha ha.